WEEK 1 : 9th - 14th May 2022


TIPS PENYESUAIAN DIRI DI ASRAMA

Percubaan untuk menyesuaikan diri di sekolah asrama boleh menjadi suatu pengalaman yang sukar bagi seseorang remaja. Pengalaman seseorang remaja boleh dipermudahkan jika langkah-langkah tertentu diambil. 

Berikut adalah tips untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah berasrama:

Elakkan daripada kawan-kawan yang  tingkah laku berisiko
Anda perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan rakan-rakan yang mengamalkan tingkah laku berisiko.Kawan-kawan yang mengamalkan tingkah laku  berisiko nampak seperti rakan yang menarik dan menyeronokkan.  Namun begitu, mereka boleh merosakkan jati diri serta nilai-nilai murni pada diri anda. Elakkan daripada berkawan dengan pelajar-pelajar sebegini. Kawan-kawan yang mengamal tingkah laku berisiko akan menyebabkan anda untuk melakukan perkara-perkara yang terlarang dan tidak baik. Anda mungkin akan menyesal nanti.

Menjalin persahabatan yang baik dan mendalam
Sekolah asrama penuh memberi anda peluang yang baik untuk menjalin persahabatan yang rapat dan baik dengan rakan-rakan sekolah kerana anda mempunyai lebih masa untuk mengenali satu sama lain sewaktu dan selepas kelas. Kebiasaannya, persahabatan ini akan berpanjangan sehingga anda memasuki alam dewasa.

Belajarlah dengan tekun
Sekolah asrama penuh memberi anda cukup masa untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Ambil dan gunalah peluang yang diberi sebaik-baiknya. Rancang dan gunakan masa anda sebaik-baik mungkin supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran, berekreasi dan berehat. Belajarlah secara berkumpulan dengan rakan-rakan sekelas anda, dan rujuk kepada guru atau pelajar senior apabila perlu.

Ambil bahagian dalam aktivitiko-kurikulum
Terdapat pelbagai program ko-kurikulum yang ditawarkan di sekolah berasrama penuh. Antaranya adalah aktiviti sukan, kelab-kelab, persatuan-persatuan, tugas-tugasan asrama dan berkebun. Anda perlu membuat pilihan yang bijak untuk memilih aktiviti kokurikulum supaya sesuai dengan minat dan kebolehan anda. Elakkan daripada melibatkan  diri dengan  terlalu banyak aktiviti kokurikulum .Ini akan mengambil terlalu banyak masa anda, dan boleh menjejaskan masa belajar anda.

Kehidupan di sekolah berasrama memberi lebih banyak manfaat jika seseorang itu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam mengharungi kehidupan di asrama. Anda akan menjadi seorang pelajar yang lebih berdisiplin, mempunyai jati diri yang tinggi dan berjaya menyesuaikan diri hidup bermasyarakat. Sunggguh pun ibubapa atau pun penjaga anda berada jauh dari anda, anda masih dapat menghargai dan mengamalkan nilai-nilai murni yang mereka telah ajar kepada anda sekarang dan di masa hadapan.

Comments