WEEK 2 : 16th - 21th May 2022


PROGRAM OUTREACH ASPIRASI PENDIDIKAN MRSM KUCHING DI DAERAH SEMATAN, BAU DAN LUNDU, SARAWAK.

MARA sentiasa komited dalam memastikan para pelajar cemerlang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan pertengahan (M40) terutamanya dari luar bandar diberi keutamaan untuk mendapat pendidikan menengah terbaik di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Walaupun kaedah permohonan pelajar ke MRSM adalah menggunakan sistem online, pihak MARA sejak dahulu lagi sentiasa membantu proses permohonan dan pengambilan pelajar terutamanya bagi para pelajar di luar bandar dan tinggal di kawasan pedalaman. Antara usaha yang dilaksanakan adalah:

a. MARA menajalankan program outreach bersama sekolah-sekolah di luar bandar di mana Pejabat MARA Daerah seluruh negara dengan kerjasama kaunselor sekolah akan mencari pelajar yang layak diberi keutamaan ke MRSM.


b. Setiap MRSM mengadakan program outreach dengan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah harian berdekatan untuk mengenalpasti calon-calon dari kumpulan B40 yang layak dan berminat untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM .


c. Pelajar di bawah program outreach dikumpul dan dibantu untuk membuat permohonan online di MRSM atau Pusat Pentadbiran MARA berdekatan.


d. Disamping itu, pengiraan merit berdasarkan status sosio-ekonomi (SES) bagi pelajar B40 telah dinaikkan bagi membolehkan mereka mendapat markah pemberat (weightage) yang lebih tinggi untuk meningkatkan lagi peluang bagi mendapat tawaran ke MRSM.


e. MARA turut menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Pejabat Agama Negeri untuk mengenal pasti anak orang asli dan asnaf yang berkelayakan ke MRSM.


f. Bagi Negeri Sarawak & Sabah, program outreach turut dilaksanakan di kawasan pedalaman untuk mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan seterusnya dibantu untuk membuat permohonan ke MRSM. Program outreach di kawasan pendalaman ini bukan sahaja disertai oleh guru-guru MRSM, malah turut dibantu oleh para Pegawai MARA Daerah di seluruh negara.


g. MARA turut memperuntukkan Skim Budi yang mana para pelajar yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah diberi bantuan dan tajaan daripada MARA dan juga pihak luar termasuklah badan korporat.

Pendidikan milik semua. Unit Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling MRSM Kuching sentiasa berusaha membantu  mereka yang berkelayakan dan berkebolehan menempatkan diri di dalam sistem pembelajaran MRSM.

Comments