WEEK 3 : 23th - 28th May 2022


 SELAMAT HARI GURU 2022 : GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA

Ini adalah pengalaman pertama saya menyambut sambutan hari guru sejak kali pertama di tempatkan bertugas di MRSM Kuching sejak Julai 2019. Setelah hampir 2 tahun berlalu tanpa meraikan sambutan hari guru secara formal, tahun ini tahunnya dimana setiap sambutan dan perayaan diraikan dengan penuh gemilang. 

Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri murid. Peranan guru ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.

Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni yang memberi penerapan dalam aspek nilai-nilai murni. Huruf “S” membawa maksud selamat, seronok dan sihat, huruf “E” pula bermaksud etika dan empati, huruf “J” bermaksud jati diri, huruf “A” bermaksud adab sopan, huruf “H” bermaksud harmoni, huruf “T” bermaksud tekun, teliti, dan terampil, huruf “E bermaksud eksplorasi, huruf “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi. Secara tidak langsung penerapan nilai moral dalam sambutan kali ini amat dirasai.


Comments