WEEK 10 : 25TH JULY - 29TH JULY 2022


AM I OKAY? IT'S OKAY TO BE NOT OKAY.

Minggu ini adalah diantara minggu yang agak mencabar kerana kurang dalam tempoh sebulan sahaja lagi, anak-anak pelajar akan menduduki ujian semester yang begitu penting bagi menilai tahap keupayaan pemahaman pelajar dalam bidang akademik. Turut tidak dilupakan, aktiviti-aktiviti di dalam maktab yang perlu dikerjakan oleh pelajar sedikit sebanyak mempengaruhi bagaimana mereka mengendalikan emosi menjadi lebih baik dan sempurnan. Emosi sejahtera menjadi asas dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Kebijaksanaan pelajar dalam menguruskan komitmen dan tanggungjawab menjadi satu keperluan penting untuk terus kekal berjaya. Namun, generasi muda atau golongan remaja kini mudah dilanda masalah gangguan emosi disebabkan pelbagai cabaran yang perlu dilalui. Hal ini dilihat ketara berlaku terhadap mereka yang bergelar pelajar sekolah berasrama penuh.

Keperluan untuk memenuhi pencapaian yang baik menjadi konflik dalam diri pelajar sehinggakan mereka gagal untuk mengawal tekanan emosi dengan baik. Pentingnya remaja bukan sahaja terletak kepada bilangan mereka yang ramai dan sebagai tenaga utama di dalam komuniti di sekolah, tetapi juga dari segi peranan sebagai penyambung antara satu generasi dengan satu generasi. Justeru, usaha untuk melahirkan remaja yang seimbang dari aspek emosi ini amatlah penting dan tidak harus dipandang enteng oleh pelbagai pihak.

Oleh itu, penyediaan program yang sepatutnya perlu kerap dilakukan dan pemantauan prestasi pembelajaran pelajar juga perlu diberi perhatian untuk mengelak terjadinya masalah lain seperti stres dan keciciran dalam pembelajaran. Masalah gangguan emosi perlu diatasi dengan baik dan diselesaikan untuk membantu para pelajar terus fokus dalam tempoh pembelajaran dan pengajaran. Hal ini seterusnya dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti serta mempunyai jati diri yang kuat sehingga membolehkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi secara global.


 

Comments