WEEK 6 : 27th June - 2th July 2022

 


CAKNA KASIH : SUMBANGAN TUNAI DAN TABLET KEPADA PELAJAR B40 MRSM KUCHING

Minggu ini merupakan minggu yang menarik dan unik kerana saya juga terlibat sebagai pengurus teknikal Majlis Penutupan Sambutan Hari Bumi MRSM Se-Malaysia Zon Barat tahun 2022. Pengalamannya amat menarik dan semestinya penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Tidak dilupakan sesi PdP bersama pelajar tetap diteruskan demi kemenjadian murid. 

MRSM Kuching dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melaksanakan inisiatif CSR yang disalurkan kepada pelajar miskin B40 peringkat persekolahan. Bantuan yang disampaikan adalah sebagai galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Inisiatif berbentuk bantuan peralatan/kelengkapan persekolahan / wang tunai adalah berperanan dalam memastikan pelajar dari golongan pertengahan dan rendah mendapat perhatian sewajarnya selain memberi sokongan moral kepada ibu bapa/penjaga dalam membantu menyediakan keperluan persekolahan.

Amat bersyukur bagi pihak pelajar kerana mereka disantuni dengan baik dan penerimaan sumbangan ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi moral dalam diri pelajar untuk menjadi pelajar yang holistik.

Comments