WEEK 7 : 4TH JULY - 9TH JULY 2022


PEMIMPI ATAU PEMIMPIN?

Minggu ini, kita perhalusi akan tema kepimpinan. Setiap pelajar dilihat faham apa yang dimaksudkan sebagai pemimpin namun, dari sudut kefahaman kepimpinan, ia masih sedikit samar. Setiap individu berkemampuan untuk menjadi seorang pemimpin, namun tidak semua pemimpin mampu untuk memimpin.

Ini kerana kemahiran kepimpinan memerlukan bimbingan dan asahan untuk individu tersebut memahami kemahiran yang perlu untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan.

Sifat kepimpinan ini boleh digilap dan dilahirkan dalam diri setiap individu dengan bantuan seperti program pembangunan kepimpinan.

Oleh itu, beberapa aspek pembangunan kepimpinan telah ditekankan dalam program ini. Antaranya ialah memupuk sifat-sifat kepimpinan dan mengenali diri sendiri sebagai seorang pemimpin; meningkatkan kemahiran komunikasi yang baik sebagai pemimpin; serta menerapkan teknik pengurusan konflik sebagai pemimpin.

Sifat-sifat kepimpinan ini haruslah diterapkan kepada setiap individu bermula daripada kecil lagi agar mereka lebih faham betapa pentingnya tanggungjawab dan peranan seorang pemimpin. Ini kerana anak muda pada zaman kini kebanyakannya kurang memahami kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.


Comments