WEEK 8 : 11TH JULY - 16TH JULY 2022

 


JATI DIRI PELAJAR ADALAH PERLU DALAM USAHA MENGHADAPI CABARAN

Minggu 8, pelajar telah didedahkan kepada realiti diri dalam usaha membangkitkan semangat waja dalam diri. Pelajar yang mempunyai nilai negatif telah berupaya untuk mengembangkan lagi potensi diri melalui Kem Jati Diri yang telah dilaksanakan. Umum mengetahui jati diri adalah sifat atau ciri yg unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu. Ia dibentuk berdasarkan pengaruh keluarga, agama dan budaya masyarakat setempat yang didiami oleh individu tersebut. Menurut peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud bagi membentuk sesuatu hendaklah bermula sebelum umurnya mencapai kematangan. Oleh sebab itu, para pelajar terutamanya murid di sekolah rendah merupakan kumpulan sasar dalam membentuk jati diri supaya menjadi insan yang berguna pada diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Jika diamati, pelajar adalah khazanah yang berharga kepada negara secara amnya kerana merekalah yang akan menggantikan pemimpin negara dan menjadi penentu kejayaan negara dalam era yang serba mencabar akal dan minda ini. Justeru, kita seharusnya mengkaji dan melaksanakan cara-cara membentuk jati diri pelajar supaya menjadi generasi yang lebih baik daripada generasi hari ini.

Konklusinya, pelbagai cara perlu digarap bagi membentuk jati diri para pelajar. Pembentukan jati diri adalah penting supaya personaliti terbaik dapat dihasilkan dalam kalangan generasi muda yang akan memacu negara di masa hadapan. Bagi menjana kemajuan negara ke arah pembangunan yang berterusan dan merealisasikan aspirasi kejayaan negara, jati diri generasi muda iaitu para pelajar perlu dibentuk dengan baik. Penglibatan dalam gejala sosial yang semakin merunsing seharusnya dikurangkan dan dibanteras dengan berkesan. Semoga setiap pihak memainkan peranan masing-masing dalam menjadi tauladan dan para pelajar mendapat inspirasi untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Masyarakat pula harus memberikan ruang dan menyokong aspirasi anak muda yang mampu melestarikan perpaduan dan keharmonian yang berkekalan dalam negara. Kelak pemimpin yang berintegriti dan mempunyai jati diri yang tinggi akan terhasil.




Comments