WEEK 11 : 1ST AUGUST - 6TH AUGUST 2022

 


PROGRAM KESEDARAN : REMAJA & CINTA

Minggu 11 membawakan kepada anak-anak pelajar akan sebuah isu yang sesuai dengan tahap kefahaman dan peningkatan usia anak remaja masa ini iaitu cinta remaja. Cinta itu fitrah, sebelum menjadi fitnah ada lebih elok apabila anak-anak ini didedahkan dengan apa yang dimaskudkan dengan cinta, apa yang boleh dipelajari melalui cinta, apakah kesan cinta dan seumpamanya. 

Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.Lebih banyak pelanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari dari cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya, Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. 

Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya? Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya.Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.





Comments