WEEK 12 : 8TH AUGUST - 12 AUGUST 2022

 


PEMIMPIN MUDA : TUNJANG KEJAYAAN MASA HADAPAN

Minggu terakhir praktikum. Sangat menarik untuk dikongsikan. Lebih menarik apabila mengenangkan proses sepanjang 12 minggu yang hebat untuk dikenang dan ditambah baik pada masa akan datang. Pemimpi kepada Pemimpin. Itulah yang menjadi keutamaan dalam penutupan sesi praktikum ini. Pemimpin tidak dilahirkan, ia dibentuk. Samada daripada diri sendiri, mahu pun persekitaran. Bergantung kepada bagaimana individu itu mencorakkannya. Ya. Anda adalah pemimpin muda. Kita juga merupakan pemimpin. Pemimpin yang baik mampu mendorong motivasi kepada ahli yang dipimpin. 

Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya dengan sempurna.

Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan-peranan penting mewakili organisasi. 

Walaupun kepimpinan boleh dipelajari, tapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Natijahnya seorang pemimpin organisasi yang baik bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan-peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik.


SWOT 

S - Mendapat sokongan penuh daripada pentadbir MRSM Kuching, Mentor, Supervisor, Rakan Sekerja dan Para Pelajar MRSM Kuching.
- Berupaya untuk mempraktikkan segala amalan pendidikan berdasarkan modul yang sesuai.

W - Kekangan dari segi kerja hakiki yang turut perlu diberikan perhatian.
- Adaptasi segera amalan Guru Pendidikan Moral walaupun hakiki sebagai Guru Bimbingan & Kaunseling 

O - Beroleh ilmu baharu untuk dipelbagaikan dalam urusan PdP bersama pelajar.
- Sokongan daripada Guru Pendidikan Moral sendiri dalam urusan praktikum dan seumpamanya.

T - Pelajar terlalu aktif kadangkala mengganggu perjalanan kelas.
- Pelajar sentiasa perlu diingatkan amalan nilai moral kerana sering kali terlepas pandang kepentingan amalan nilai yang dipelajari

Terima kasih untuk kenangan. Pastinya dikenang dan dirindui. Salam.





Comments