WEEK 12 : 8TH AUGUST - 12 AUGUST 2022
PEMIMPIN MUDA : TUNJANG KEJAYAAN MASA HADAPAN Minggu terakhir praktikum. Sangat menarik untuk dikongsikan. Lebih menarik apabila mengenangkan proses sepanjang 12 minggu yang hebat untuk dikenang dan ditambah baik pada masa akan datang. Pemimpi kepada Pemimpin. Itulah yang menjadi keutamaan dalam penutupan sesi praktikum ini. Pemimpin tidak dilahirkan, ia dibentuk. Samada daripada diri sendiri, mahu pun persekitaran. Bergantung kepada bagaimana individu itu mencorakkannya. Ya. Anda adalah pemimpin muda. Kita juga merupakan pemimpin. Pemimpin yang baik mampu mendorong motivasi kepada ahli yang dipimpin. Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu me